Tuesday, July 22, 2008

PERLINDUNGAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA

PERLINDUNGAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA
DI MALAYSIA: ANTARA FANTASI DAN REALITI

Sunday, July 20, 2008

Kaedah Kaedah Menangani Pembantu Rumah Tangga

Kaedah di bawah mungkin banyak dapat membantu anda dari segi untuk memahami kehendak pembantu dan mengurangkan jurang perbezaan budaya terutamanya sepanjang tempoh penyesuaian dengan budaya kita

1) Benarkan pembantu menghubungi warga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... @ +62 Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 .
2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan silu untuk makan apatah lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.
3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja kelazimannya mulai 5.30 pagi hingga 10.00 malam. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.
4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).
5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.
6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian dari keluarga yang harmoni. Jika membeli belah, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja.
7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri mereka secara berhemah.
8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.
9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau segala pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.
10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.
11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.
12) Keinginan untuk bersosial dan menikmati seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan syarak. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat dengan bukan muhrim.
13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.
14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.
15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.
16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.
17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.
18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.
19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.
20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik.
21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajarlah pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulangkali tentang sesuatu perkara.
22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu, tingkap atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.
23) Sesetengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.
24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.
25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.
26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.
27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.
28) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronokan mereka untuk bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik , balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .
29) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.
30) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu cemburu dan mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.
31) Anda tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka.
32) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.
33) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu.Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.
34) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
35) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.
36) Bayaran kos perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM4000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.

37) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.
38) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Yasin dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.
39) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.
40) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya..
Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata dan mungkin sesuai, mungkin tidak. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani kerenah pembantu rumah masing-masing.

Monday, July 14, 2008

The Art of Managing House Maid

. assist them to overcome culture shocking
. room for improvement
. pls guide coach them .. dos and dont repeatedly
. treat them as human
. never left them in the dark

Sunday, July 13, 2008

Pendoman - buat majikan - budaya yang berbeza

Mempelajari dan cuba memahami sesuatu yang remeh tetapi perlu akan membantu untuk menempatkan orang yang tepat di tempatnya. Dengan itu untuk mengenali watak sebahagian dari orang yang kita anggap sebagai serumpun dengan kita akan dapat menolong dalam memilih dan mengurus orang yang kita ambil untuk bekerja dan tinggal di dalam rumah kita.Indonesia terdiri dari pelbagai suku bangsa dan setiap suku bangsa ini mempunyai watak yang tersendiri. Pembentukan watak ini dipengaruhi oleh kepercayaan, persekitaran, sejarah, pola makanan, bentuk muka bumi dan sebagainyaSesuatu yang baik bagi rakyat Malaysia belum tentu baik bagi mereka, dan begitulah sebaliknya.Hakikatnya pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat layanan yang jauh lebih baik dari majikan berbanding dengan mereka yang bekerja di negara mereka sendiri. Pembantu rumah di Malaysia makan apa yang kita makan, tidur di bilik yang selesa, cuci baju menggunakan mesin basuh, masak menggunakan dapur gas/elektrik, pergi kemana-mana bersama majikan malahan boleh makan semeja dengan majikan.Adakah layanan sebegini akan dinikmati sekiranya bekerja di negara sendiri? Sedangkan hakikatnya pembantu rumah di Indonesia makan tidak menentu, seringkali lauk majikan tidak sama dengan lauk pembantu. Selagi kerja tidak diselesaikan jangan harap dapat berehat, cuci baju dengan tangan, kalau majikan makan pembantu berdiri di tepi meja menunggu arahan. Kalau dipanggil majikan dijawab dengan sopan, 'ya pak' 'ya bu' 'ya tuan' ' ya nyonya'. Kalau lalu di depan majikan tunduk dengan hormat dan semakin kaya majikannya semakin tunduk dan semakin sopan bila bercakap.Pendek kata dengan gaji yang murah sekitar Rp100 hingga Rp200 ribu sebulan mereka memberikan perkhidmatan kelas pertama yang kerjanya tidak tertanggung oleh badan mereka.Persoalannya mengapa mereka begitu patuh walau diperlakukan sedemikian rupa ? Sedangkan apabila bekerja di Malaysia dengan gaji yang mahal dan dilayan begitu berhemah oleh majikan mereka memberikan perkhidmatan yang begitu mengecewakan. Kenapa wujud watak yang berbeza bagi jawatan yang sama didua tempat yang berbeza.Terdapat banyak sebab yang mempengaruhi perlakuan manusia tetapi kebanyakan majikan di Malaysia tidak begitu memahami watak dan sikap suku bangsa yang boleh bekerja sebagai pembantu rumah.Majikan di Indonesia hanya mengambil suku bangsa Jawa dan suku bangsa Sunda sebagai pembantu rumah kerana mereka mempunyai watak dan sikap yang sesuai dengan pekerjaan itu. Di Indonesia kita akan melihat sesuatu pekerjaan adalah berdasarkan kepada sesuatu bangsa. Contohnya orang Jawa dan Sunda sebagai pembantu rumah, orang Padang berniaga, orang Batak pemandu bas mini, pengawal pusat hiburan, penagih hutang, orang Nusa Tenggara Timur, Lombok dan sekitarnya sesuai di sektor perladangan dan pembinaan.Majikan perlulah memahami dan mempelajari serta mengenali siapa yang sebenarnya dikatakan pembantu rumah Indonesia. Perkara utama yang perlu diketahui majikan adalah kebanyakan pembantu rumah Indonesia mempunyai tahap pendidikan yang rendah, berasal dari kampung yang mundur dan miskin.Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Mereka juga kurang memahami Bahasa Indonesia dan kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama. Untuk memahami bahasa mereka sahaja susah apatah lagi memahami bahasa orang lain. Jika kesilapan yang dibuat berulang-ulang maka kemungkinan besar ia berpunca dari masalah komunikasi.Seperkara yang perlu diambil perhatian adalah hubungan antara majikan dan pembantu rumah haruslah dikekalkan sebagai sebagai hubungan pekerja dan majikan. Mereka wajar dihormati tetapi kebaikan anda sebagai majikan perlulah ada sempadannya.

Friday, July 11, 2008

PAPA cadang had usia amah 18 tahun

Written by Administrator
Saturday, 05 July 2008
Langkah untuk tarik pekerja asing lebih muda, cergas
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) meminta kerajaan menurunkan had umur pekerja asing bagi sektor pembantu rumah daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata langkah itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat asing bekerja di sektor itu di sini, khususnya yang muda dan cergas.
Beliau berkata, dengan cara itu juga kerajaan akan dapat menyelaraskan had umur pekerja asing di sektor lain seperti peladangan, perkhidmatan dan pembinaan yang ketika ini dibenarkan pada umur 18 tahun hingga 45 tahun.
"PAPA sudah menghantar memorandum cadangan itu kepada Kementerian Sumber Manusia, Rabu lalu, termasuk meminta kerajaan memperluaskan negara sumber pembantu rumah asing.
"Kita berharap kerajaan menimbang secara positif cadangan ini dan berbincang dengan kerajaan negara sumber supaya penyelarasan had umur bagi pembantu rumah dapat dilakukan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Ketika ini kerajaan menetapkan had umur bagi pembantu rumah warga asing ialah 21 tahun dan tidak lebih 45 tahun.
Dianggarkan kira-kira 350,000 pembantu rumah warga asing berdaftar dengan Jabatan Imigresen sehingga kini.
Ditanya negara sumber baru untuk sektor pembantu rumah, Raja Zulkepley berkata, PAPA meminta kerajaan membenarkan tenaga kerja itu diambil dari China dan Myanmar.
Katanya, permohonan itu juga bagi menampung kesukaran mendapatkan pembantu rumah Indonesia sekarang dan semakin mahal sehingga melebihi RM4,000 seorang dikenakan ejen di negara itu tidak termasuk kos pengurusan di Malaysia.
Katanya, kemasukan pembantu rumah Indonesia sekarang juga merosot sehingga 60 peratus berbanding 7,000 orang sebulan awal tahun ini.
"Sebab itu, PAPA memohon dengan kerajaan supaya membenarkan pengambilan pembantu rumah asing dari China untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat daripada majikan tempatan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Vietnam sebagai negara sumber baru pembantu rumah asing bersedia membekalkan tenaga kerja berkenaan.
"Saya sudah berbincang dengan pihak berkuasa kedutaan Vietnam di sini minggu lalu dan kerajaan negara itu bersetuju membekalkan tenaga kerja pembantu rumah ke Malaysia.
"Sebagai permulaan 20 agensi pembantu rumah asing yang hanya menjadi ahli PAPA dibenar membawa masuk pembantu rumah dari negara itu," katanya.
Oleh Aman MaamorBerita Harian, 5 Julai 2008
Allow maids from China, Myanmar

Written by Administrator
Friday, 27 June 2008
KUALA LUMPUR: The Government must seriously consider allowing in maids from China and Myanmar as recruitment agencies in Indonesia have pushed the fees so high that it may reach an astonishing RM8,000 soon.“We know some quarters are against hiring maids from China, fearing it may spark social problems and marital havoc.“But, we have reached a point where we either continue to quietly suffer and pay the increasing rates imposed by Indonesian agents or, we try out maids from China,” said Association of Foreign Housemaids Recruitment Agencies (PAPA) secretary Foo Yong Hooi.He added that there was a ready market for maids from China. Employers, especially those in the higher income bracket, had asked local agencies to hire such maids for them because of the similarity in language and culture.Foo said he understood the concerns raised and suggested a trial period. The Government could allow in 5,000 maids from China and monitor the development.“We can impose conditions, such as the consent of wives and a minimum age requirement for the maids,” said Foo.He added that maids from China could be sourced from the northern provinces such as Szechuan and Wunan. Foo estimated the monthly salary would have to be about RM1,000.He also urged the Government to consider maids from Myanmar. Currently, only male general workers are allowed to work here.By LOONG MENG YEEThe Star, 27June 2008