Sunday, June 28, 2009

Amah Indonesia kembali selepas MoU

Amah Indonesia kembali selepas MoU

KUALA LUMPUR: Keputusan menarik balik pemberhentian sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia akan dibuat selepas rundingan dan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) baru berkaitan dengan kementerian terbabit di sini awal bulan depan. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Da'i Bachtiar berkata Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Erman Suparno, akan berunding dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kerja Raya. "Dalam perbincangan itu, Menterinya Erman Suparno akan menyampaikan permasalahan yang ditimbulkan seperti kes yang terjadi sebelum ini untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Indonesia di Astaka Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

No comments: