Thursday, December 31, 2009

terms & condition

Para Bakal Majikan dinasihatkan agar memahami syarat dan terma sebelum berurusan untuk mengelakkan perselisihan dan salah faham semasa urusan.

Pakej INDIVIDU RM 5500 JAWA MEDAN RM 4500 ditawarkan TIDAK TERMASUK dengan Levi RM 450 dan Fomema RM 200.

Pakej AGENSI RM 6800 calling visa deduction 5 months / RM 7500 deduction 6 months masuk sosial merangkumi keseluruhan cadangan penyelesaian pengurusan kemasukan pembantu rumah

Pembantu Rumah yang diuruskan ada jaminan 3 bulan dari agen Indonesia.

Pembantu Rumah Lari, Kos hangus adalah tanggungjawab majikan. Agen hanya akan menggantikan dokumen biodata.

Tukar pembantu rumah atas pilihan majikan sendiri dalam tempoh jaminan, Kos hangus adalah ditanggung oleh majikan dan caj pertukaran sebanyak RM2000 dikenakan kepada majikan


Jaminan terus daripada agen di Indonesia (Back To Back). Majikan perlu maklum bahawa berurusan dengan Agen Indonesia terdapat risiko gantian lambat daripada Agen Indonesia.

Agen hanya bertindak sebagai Consultant dalam urusan kemasukan pembantu rumah dan tidak mampu meramal dan menanggung sebarang liabiliti luar jangka dan risiko akibat kelemahan dan kesilapan pihak ketiga iaitu Pembantu Rumah.

Syarat-syarat gantian tertakluk kepada syarat-syarat, peraturan dan bayaran terkini di Indonesia dan di Malaysia. Majikan hendaklah membayar perbezaan bayaran semasa dan dahulu.

Jaminan sah hanya jika semua pembayaran dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan. Jaminan tidak sah jika majikan gagal membuat apa-apa pembayaran yang diperlukan.

Majikan hendaklah bersedia untuk menerima alternatif gantian wang separuh kos selepas ditolak kos hangus sekiranya agen merasakan kerumitan dalam gantian pembantu.

No comments: