Sunday, September 14, 2008

Ghaibkan Amah

Oleh Ahmad Tajol


KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik menabur janji manis berumpankan lelaki warga Indonesia, satu sindiket dikenal pasti bergerak aktif di sekitar Puchong menjalankan kegiatan ‘mengghaibkan’ amah yang juga warga negara jiran itu daripada kediaman majikan mereka.

Sindiket yang dipercayai dianggotai lelaki warga Indonesia itu cenderung mencari amah senegara mereka berbanding pembantu rumah berasal dari negara lain seperti Filipina berikutan faktor bahasa.

Meninjau kawasan perumahan dengan menaiki basikal atau berjalan kaki bagi tujuan mengesan sama ada penduduk di situ mempunyai amah warga asing sebagai sasaran kumpulan itu, mereka sukar dikesan berikutan kebiasaannya bergerak secara berseorangan.

Sebaik mengenal pasti rumah yang mempunyai amah, ahli kumpulan terbabit akan berusaha mendekati pembantu rumah terbabit dan sebaik berjaya ‘dijinakkan’, mangsa yang tertipu akan dilarikan ahli kumpulan sindiket terbabit.

No comments: